PH Dakwa Ahli Parlimen Ditekan Beri Talian Hayat Kepada Muhyiddin
PH Dakwa Ahli Parlimen Ditekan Beri Talian Hayat Kepada Muhyiddin
Petaling Jaya, MTN – Pakatan Harapan (PH) mendakwa terdapat usaha menekan dan mengugut Ahli Parlimen untuk memberi talian hayat politik kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang didakwa tiada keabsahan serta sudah hilang sokongan majoriti.
Majlis Presiden PH bimbang agensi kerajaan, termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis diperalat untuk menekan dan mengugut Ahli Parlimen yang tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional.
“Seperti yang telah diperlakukan kepada (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng serta (Ahli Parlimen Muar) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melalui SPRM serta pendakwaan terpilih oleh Peguam Negara atas tuduhan rasuah yang tidak berasas, kini seluruh negara menyaksikan bagaimana siasatan polis Ahli Parlimen yang ingin ke Parlimen pada Isnin lalu dipercepatkan.”
Kenyataan bersama itu dikeluarkan Presiden PKR, Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Lim.
Mereka turut mendakwa sehingga kini tiada sebarang tindakan atau siasatan diteruskan SPRM atau LHDN terhadap mereka yang didakwa mengkhianati parti dengan menyeberang dan menyokong Muhyiddin.
“Kami menegaskan bahawa agensi-agensi penguatkuasaan wajib bersifat profesional, neutral dan tidak mengikut selera politik pemerintah sekarang. Jangan terlanjur dalam keadaan nakhoda sedang hanyut.”[FMT]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri