PKR Miri: DSAI Adalah Terbaik Untuk Memimpin Jentera Pilihan Raya Umum Negeri
PKR Miri: DSAI Adalah Terbaik Untuk Memimpin Jentera Pilihan Raya Umum Negeri
Miri – Ketua PKR Miri Dr Michael Teo mengatakan bahawa majoriti pemimpin PKR serta akar umbi di Sarawak mahukan presiden parti iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetuai kempen parti dalam pilihan raya umum negeri akan datang.
MP Miri itu mengatakan bahawa inilah sebabnya mengapa Anwar dijemput hadir untuk memimpin Konvensyen Nasional PKR di Miri pada hari Sabtu ini (23 November).
“Konvensyen pada hari Sabtu ini akan menyaksikan pertemuan lebih dari 1,000 orang pemimpin negeri dan PKR peringkat nasional. Sebagai ketua jawatankuasa, saya dapat mengesahkan bahawa Anwar akan hadir,” katanya pada hari Rabu (20/11).
“Agenda utama yang akan dibahas adalah tentang pilihan raya umum negeri akan datang, yang kami, di PKR, merasakan akan berlaku dalam tempoh terdekat. Maka kita harus segera mengaktifkan jentera pilihan raya kita,” tambahnya.
Dr Teo menekankan bahawa Anwar adalah calon terbaik untuk mengetuai jentera pilihan raya umum negeri.
Ditanya tentang apakah ini bermaksud bahawa para pemimpin PKR di Sarawak tidak percaya pada ketua PKR negeri iaitu Baru Bian, beliau menjawab bahawa ianya tidak ada kena mengena.
“Kami juga menjemput Baru Bian ke program kami di Miri pada hari Sabtu ini.
“Adakah orang lain yang mempunyai masalah… saya tidak tahu. Tapi sejauh yang saya ketahui, tumpuan kami pada hari Sabtu ini adalah pilihan raya umum negeri yang akan datang,” katanya.
Pilihan raya umum negeri kali ke-12 sepatutnya akan jatuh pada bulan Jun 2021 tetapi ada khabar mengatakan bahawa pilihan raya akan diadakan pada pertengahan tahun hadapan.
Kebelakangan ini, berlaku pertelingkahan umum di Sarawak yang melibatkan dakwaan pemberontakan terhadap Baru oleh 18 daripada 31 cabang PKR di Sarawak ke atas kepemimpinannya. Baru dikatakan sebagai penyokong utama timbalan presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali, yang saat ini berselisih faham dengan Anwar.
Author Profile
Latest entries
- Seni & HiburanDecember 13, 2024Nabila Razali amalkan zikir permudah bersalin
- NationalDecember 13, 2024Kelantan alami kerugian RM30 juta akibat banjir
- SukanDecember 12, 2024Harimau Malaya menang tipis 3-2
- NationalDecember 12, 2024Universiti Malaya lancarkan Allianz Centre for Governance