PM Anwar pulang ke Tambun, k’jaan Perak anjur kenduri rakyat

PM Anwar pulang ke Tambun, k’jaan Perak anjur kenduri rakyat
Sekretariat negeri Perak akan menjadi tuan rumah kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim di “kenduri rakyat” di Ipoh, Perak.
Acara itu akan berlangsung pada Jumaat 1.45 tengah hari ini di Masjid Muhammad Al-Fateh di Taman Jati, Ipoh – dalam kawasan Tambun, yang kini diwakili Anwar.
Menurut jemputan akhbar yang dihantar oleh Jabatan Penerangan Perak, Anwar akan menunaikan solat Jumaat di masjid itu.
Menteri Besar Perak yang baru dilantik, Saarani Mohamad juga dijadual hadir pada majlis itu.
Ini menandakan kemunculan pertama Anwar di Tambun selepas pilihan raya umu (PRU) pada 19 Nov.
Anwar mengadakan acara seumpamanya pada 26 Nov di Taman Rakan di Kajang, Selangor yang menyaksikan ratusan hadir di masjid kecil dengan ramai penyokong bukan Islam melihat dari luar.
Anwar merampas kerusi Tambun daripada Ahmad Faizal Azumu yang mewakili Perikatan Nasional. [MK]
Author Profile

Latest entries
TokohSeptember 19, 2025Titah Sultan Selangor martabat bangsa Melayu
Seni & HiburanJuly 12, 2025Siti Nurhaliza bawakan Lagu ‘Rare’ di Konsert Violet Skies
Seni & HiburanJuly 11, 2025Keluang Man kini di Astro First
InternationalJuly 1, 2025RTS Link capai kemajuan fizikal 56 peratus



