Presiden Parti BERSATU Muhyiddin Yassin PM kedua diheret ke Mahkamah

Presiden Parti BERSATU Muhyiddin Yassin PM kedua diheret ke Mahkamah
Perikatan Nasional (PN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka mewarisi nasib ‘malang’ Barisan Nasional (BN), UMNO dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) susulan gelaran ‘kluster mahkamah’ kini bertukar baton kepada koalisi berkenaan.
Senario itu juga dipercayai bakal menyebabkan PN dan Bersatu semakin hilang pengaruh dalam kalangan pengundi muda, sekali gus membantutkan kemaraan gelombang hijau pasca PRU15 menjelang pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri kelak.
Ia kerana penahanan para pemimpin utama Bersatu dan PN termasuk Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mirip dengan implikasi skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi UMNO serta Najib, selain mampu menghakis pengaruh pengundi Melayu terhadap koalisi berkenaan sekiranya kes mereka terbukti bersalah di mahkamah. [SH]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



