Bagaikan tidak gentar dengan sebarang ancaman termasuk sekatan ekonomi yang dibuat beberapa negara, Presiden Rusia, Vladimir Putin terus melawan arus dengan mengarahkan pasukan nuklearnya untuk berada dalam keadaan siap siaga dengan sebarang ancaman yang dibuat negara-negara barat.
Berdasarkan kenyataan dikeluarkan Moscow, Putin telah mengarahkan Menteri Pertahanan dan Ketua Turus Am Angkatan Tentera negara itu untuk mengaktifkan pasukan nuklear dalam ‘mod khas perkhidmatan tempur’.
“Anda lihat bagaimana negara-negara barat bukan sahaja mengambil pendekatan bermusuhan dengan negara kita dalam bidang ekonomi, maksud saya sekatan tidak sah,” katanya.
Dakwanya lagi, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dengan sengaja membiarkan kenyataan agresif dilancarkan ke atas Rusia sejak beberapa hari lalu.
Arahan Putin itu dalam masa sama meningkatkan lagi kebimbangan di peringkat antarabangsa yang mana negara itu mempunyai bekalan senjata nuklear kedua terbesar di dunia dilengkapi simpanan besar peluru berpandu balistik.
Susulan itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky bersetuju untuk mengadakan perbincangan bersama Rusia di sempadan Belarus.
Bagaimanapun, lokasi sebenar dan masa pertemuan itu tidak didedahkan.
Beliau sebelum ini menyatakan kesediaan melakukan rundingan damai namun tidak mahu ianya diadakan di Belarus, yang mana mempunyai hubungan yang kuat dengan Rusia. [AA]
Author Profile

Latest entries
Tokoh2023.05.29PAS Bermimpi Ditawar Sertai Kerajaan, Kata TPM Zahid
National2023.05.28Seorang wanita sambut Mahiaddin ‘Selamat datang kluster mahkamah’
Top Issues2023.05.27Dana Judi: ‘Saya tak keluar kenyataan jika tiada asas’ – PM Anwar
Top Issues2023.05.26Dana Judi: Muhyiddin Yassin pertimbang saman PM Anwar