PRN Johor akan jadi medan permulaan bagi Parti MUDA
PRN Johor akan jadi medan permulaan bagi Parti MUDA
MUDA, Parti Ikatan Demokratik Malaysia akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Perkara ini disahkan Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menerusi hantaran di laman rasmi Facebook miliknya.
Jelas Syed Saddiq, yang juga pengasas parti, Johor akan jadi medan permulaan bagi MUDA.
MUDA juga satu perubahan buat Johor, katanya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Syed Saddiq yang merupakan calon Pakatan Harapan (PH) daripada Bersatu bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR), menewaskan penyandang kerusi Parlimen Muar, Datuk Seri Razali Ibrahim (BN) dan calon Pas, Abdul Aziz Talib dengan majoriti 6,953 undi.
Jumlah pengundi di Johor mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus, dengan penambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi18, sekali gus menjadi cabaran kepada parti-parti politik yang bertanding.
Sementara itu Parti WARISAN sedang mengkaji kemungkinan untuk menyertai persaingan di Johor dan tidak menolak kemungkinan untuk meletakkan calon mereka buat kali pertama di Semenanjung Malaysia.
Berdasarkan data pada 2018, lebih daripada 10,000 pengundi di kawasan parlimen Pasir Gudang adalah penduduk yang berasal dari Borneo, termasuk beberap ribu orang Sabah.
Jika WARISAN berminat bertanding di Johor, kawasan selatan negeri itu adalah antara kawasan yang disasarkan mereka.
Author Profile
Latest entries
- Seni & HiburanDecember 13, 2024Nabila Razali amalkan zikir permudah bersalin
- NationalDecember 13, 2024Kelantan alami kerugian RM30 juta akibat banjir
- SukanDecember 12, 2024Harimau Malaya menang tipis 3-2
- NationalDecember 12, 2024Universiti Malaya lancarkan Allianz Centre for Governance