PRN Sarawak – Pilihan Raya jangan jadikan sebagai ‘Perang Proksi’ antara Taikun Balak

PRN Sarawak – Pilihan Raya jangan jadikan sebagai ‘Perang Proksi’ antara Taikun Balak
MTN – Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak perlu meletakkan kepentingan rakyat di hadapan berbanding perebutan kuasa antara taikun balak, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu, kata beliau, rakyat Sarawak perlu bijak dan tidak memilih individu yang mempunyai kepentingan tersendiri untuk mentadbir negeri ini.
“Rakyat harus menolak pilihan raya yang dijadikan seperti ‘perang proksi’ antara taikun balak.
“Pilih wakil yang akan memperjuangkan kepentingan rakyat, bukan mereka yang memperjuangkan kepentingan seseorang individu dan hanya ingin memperkayakan diri sendiri,” katanya memetik portal The Vibes.
Terdahulu, Ketua Pembangkang itu menyelar kenyataan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang mengatakan bahawa PKR tidak akan menang sebarang kerusi dalam PRN12 Sarawak nanti.
“Kenyataan itu bersifat angkuh. Saya tahu PKR adalah parti yang miskin, kami tidak mempunyai taikun kayu balak Sarawak untuk menyokong kami, tidak seperti parti lain.
“Kami akan meneruskan sentimen rakyat yang turut sama menjaga hubungan pelbagai kaum, bumiputera, Cina dan lain-lain di negeri ini,” katanya sebagai respon balas kenyataan itu.
Tambah Anwar lagi, beliau akan mengingatkan pimpinan serta ahli PKR untuk terus merendah diri, berusaha dan mencapai matlamat dikehendaki.
Sementara itu, beliau turut menyuarakan bahawa PKR telah mengambil iktibar dari PRN Melaka yang lalu yang mana Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diguna pakai mengecewakan kempen dan hanya memberi kelebihan kepada pihak tertentu dalam memenangi tampuk pentadbiran negeri berkenaan.
Untuk rekod, PKR akan bertanding di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada PRN12 nanti. [AA]
Author Profile

Latest entries
KesMarch 6, 20251MDB – Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara
SukanMarch 5, 2025Reijnders Pemain TimNas Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
IT & Social MediaMarch 4, 2025Aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025
TokohFebruary 26, 2025Mahathir dan Jokowi bertemu di Solo, bincang hal Malaysia-Indonesia