Nora Ariffin Resmi Bernikah Dengan Kawan Arwah Suami | Malaysia News

Nora Ariffin Resmi Bernikah Dengan Kawan Arwah Suami

Nora Ariffin

Nora Ariffin Resmi Bernikah Dengan Kawan Arwah Suami

Kuala Lumpur, MTN – Penyanyi Datuk Nora Ariffin, 48, mengesahkan dia telah bernikah dengan seorang pensyarah, Dr Rushdi Ramli, 55, baru-baru ini.

Wanita kelahiran Kelantan itu berkongsi berita gembira menerusi hantaran dalam laman Instagram (IG) miliknya.

Bagaimanapun Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin tidak menjelaskan secara terperinci butiran majlis perkahwinannya itu.

“Dengan nama Allah yg Maha pemurah lagi Maha mengasihani. Bersempena dengan mlm jumaat yg merupakan sayyidul ayyam, saya dengan rendah hati dan bersyukur ke hadrat Allah SWT ingin memaklumkan bahawa saya kini telah bertemu jodoh dgn seorang hamba Allah yg merupakan sahabat baik arwah Johan sejak dari kecil lagi. Beliau adalah saudara Rushdi Ramli.

“Saya ingin meminta maaf kerana dari awal lagi saya memang berniat untuk tidak menghebah- hebahkan ikatan ini. Cukuplah sekadar melaksanakan perkara wajib & mengikut hukum sahaja.

“Saya berpegang pada prinsip bahawa perkahwinan adalah satu ibadah dan ianya terlalu peribadi utk saya kongsikan, bukan ingin bermegah- megah, jauh sekali untuk mencari publisiti.

“Jodoh, rezeki & ajal adalah rahsia Allah yg telah ditentukan. Saya menerimanya dengan penuh sabar, redha & syukur. Hanya kebaikan yg saya harapkan.

“Saya juga memohon agar semua insan yg mengenali saya dan para peminat, sudi menitipkan doa buat saya mendapat keluarga sakinah mawaddah warahmah, dipermudahkan segala urusan, diberkati, diredhai Allah SWT dunia akhirat. In Shaa Allah,” tulis Nora.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DATUK NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)

Difahamkan Nora bergelar isteri kepada Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya.

Sebelum ini, Nora pernah dikaitkan dengan dakwaan sudah berkahwin dengan Ahli Parlimen Ketereh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Namun, ia dinafikan kedua-dua pihak walaupun dikesan tular dalam media sosial mengenai sekeping salinan sijil pernikahan didakwa milik mereka.

Nora mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Johan pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.

Namun, arwah Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung. Pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.

 

[MG]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply