PRU15: #SatuJari Taruhan Semua, Rebut Peluang, Pulih Negara Di Peti Undi 19 Nov Ini | Malaysia News
PRU15 - Satu Jari Bebas Rasuah

PRU15: #SatuJari taruhan semua, rebut peluang, pulih negara di peti undi 19 Nov ini

Tarikh 19 November 2022 menjadi tarikh keramat yang bakal menentukan masa depan negara.

Ini adalah satu hari yang penting buat seluruh rakyat Malaysia memilih calon yang benar-benar layak dan menolak mereka yang korup dan integritinya diragui.

Dalam surat terbuka yang dibuat khusus oleh pasukan teras Rasuah Busters pada Rabu, rakyat diseru untuk turun mengundi dan mempertahankan hak mereka dalam memilih kerajaan.

Untuk itu, empat perkara harus dipertimbangkan rakyat untuk turut mengundi pada Sabtu ini.

1. Pemulihan ekonomi

Ekonomi Malaysia perlu dibangunkan semula dengan adil, ketelusan bebas daripada ketirisan dan sebarang anasir rasuah.

2. Perbaiki dasar negara

Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah perlu dipertingkatkan. Ia dapat dilakukan melalui penambahbaikan dan penggubalan dasar serta polisi berkaitan integriti, governan dan antirasuah.

3. Bendung ketirisan

Ketirisan dan penyelewengan perlu disekat dengan pemantauan yang wajar agar isu kemiskinan, keselamatan makanan, kenaikan harga barang dan rumah dapat dikawal dengan baik. Menyekat ketirisan mampu mengembalikan hak rakyat terhadap kemudahan kesihatan, pendidikan, pengangkutan, peluang pekerjaan dengan ia dijadikan agenda keutamaan dalam pentadbiran kerajaan.

4. Keharmornian dan kemakmuran rakyat

Jaminan terhadap keharmonian masyarakat berbilang kaum untuk hidup aman dan makmur serta saling menghormati perbezaan di negara ini. [AA]

Facebook Comments