Rafizi Ramli dijangka berganding dengan Nurul Izzah
Rafizi Ramli dijangka berganding dengan Nurul Izzah
Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dilapor akan berganding dengan Mohd. Rafizi Ramli dalam pemilihan PKR yang bakal diadakan.
China Press melaporkan, “senarai” tertentu telah muncul dengan Nurul Izzah bertanding jawatan naib presiden bersama rakan-rakan sepasukan termasuk Chang Lih Kang (naib presiden semasa), Nik Nazmi Nik Ahmad (setiausaha pengelola) dan Manivanan Gowin (timbalan ketua penerangan).
Mohd. Rafizi yang mengumumkan mahu bertanding jawatan timbalan presiden juga dijangka akan mengumumkan lebih banyak nama calon barisannya dalam masa terdekat.
Menurut sumber, anggota pasukan Mohd. Rafizi yang lain adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga di Selangor, Rodziah Ismail untuk jawatan ketua wanita.
“Untuk ketua sayap pemuda dan timbalan ketua pemuda pula, calonnya masing-masing adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, Fahmi Zainol dan ADUN Rawang di Selangor Chua Wei Keat,” katanya.
Kemampuan Mohd. Rafizi untuk merebut jawatan timbalan presiden mencuri tumpuan kerana hasratnya itu akan dihalang Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail. [MG]
Author Profile
Latest entries
- TokohJanuary 12, 2025‘Giliran mencuri’ – Anak Pak Lah nafi tuduhan Dr M
- TokohJanuary 11, 2025Mahathir – Anak Pak Lah beritahu anak saya, kini giliran kami mencuri
- InternationalJanuary 10, 2025Kebakaran Los Angeles, Jumlah korban meningkat kepada 10
- InternationalJanuary 10, 2025Trump umum atur pertemuan bersama Putin