Rusia beri amaran kepada negara Barat


Rusia beri amaran kepada negara Barat
MOSCOW – Duta Rusia ke Amerika Syarikat (AS), Anatoly Antonov memberi amaran bahawa pemberian bantuan senjata ke zon konflik di Ukraine oleh negara Barat seumpama mencurah minyak ke dalam api, lapor laman berita Sputnik.
“Adalah amat penting bahawa negara-negara Barat berhenti mencurah minyak ke dalam api dengan membekalkan senjata kepada Ukraine,” katanya semasa sidang media secara maya yang diadakan di Institut Schiller.
Tambahnya, Rusia tidak akan bertoleransi dengan tentera Ukraine yang membunuh orang awam atau menyeksa tentera Rusia.
Menurut Antonov, objektif tentera Rusia di Ukraine bukan memusnahkan negara tersebut, malah bagi memastikan ia bukan ancaman kepada Moscow.
“Hari ini adalah sangat penting untuk mencapai demilitarisasi di Ukraine untuk menyatukan status bebas nuklear Ukraine dan kepatuhan kepada perjanjian antarabangsa mengenai pertambahan bekalan senjata dan senjata pemusnah besar-besaran.
“Sepatutnya tiada ancaman kepada tentera Rusia tiba di wilayah Ukraine. Ini adalah objektif operasi khas ketenteraan kami,” tambah Ontonov.
Pada 24 Februari lalu, tentera Rusia dan tentera militia dari Donestk dan Lugansk melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine yang bertujuan untuk demilitarisasi negara itu selepas rundingan gagal dan ketegangan meningkat selama berbulan-bulan.
Kementerian Pertahanan Rusia menegaskan bahawa tenteranya melakukan apa yang perlu bagi mengelakkan orang awam menjadi mangsa dan menggunakan senjata berketepatan tinggi serta menyasarkan kemudahan tentera Ukraine. [SH]
Author Profile

Latest entries
Tokoh2023.05.29PAS Bermimpi Ditawar Sertai Kerajaan, Kata TPM Zahid
National2023.05.28Seorang wanita sambut Mahiaddin ‘Selamat datang kluster mahkamah’
Top Issues2023.05.27Dana Judi: ‘Saya tak keluar kenyataan jika tiada asas’ – PM Anwar
Top Issues2023.05.26Dana Judi: Muhyiddin Yassin pertimbang saman PM Anwar