Rusia menyeru AS dan sekutunya untuk menghentikan ketenteraan

Rusia menyeru AS dan sekutunya untuk menghentikan ketenteraan
Moscow menghantar nota kepada Washington memberi amaran bahawa bekalan senjata NATO ke Kyiv memburukkan lagi konflik Ukraine dan boleh membawa kepada akibat yang tidak dapat dijangka, lapor Sputnik.
“Kami menyeru Amerika Syarikat dan sekutunya untuk menghentikan ketenteraan tidak bertanggungjawab di Ukraine, yang menggambarkan akibat yang tidak dapat dijangka untuk keselamatan serantau dan antarabangsa,” menurut nota berbahasa Rusia itu dan dilihat serta dilaporkan oleh Washington Post pada Jumaat.
Jabatan Negara belum lagi mengulas mengenai pendedahan itu.
Presiden AS Joe Biden pada Rabu berkata, AS mempertimbangkan untuk menghantar kenderaan perisai Humvee ke Ukraine, bersama-sama dengan peralatan ketenteraan canggih lain sebagai sebahagian daripada pakej bantuan baharu bernilai US$750 juta, yang termasuk 300 Switchblades, 500 peluru berpandu anti-kereta kebal, 200 kenderaan berperisai M113 serta 16 helikopter Mi-17s.
Pada 24 Februari, Rusia melancarkan operasi ketenteraan khas ke Ukraine yang menyasarkan infrastruktur ketenteraan di negara itu. Sebagai tindak balas, negara-negara Barat melancarkan kempen sekatan menyeluruh terhadap Rusia, dengan banyak negara membekalkan senjata untuk tentera Ukraine. [Bernama]
Author Profile

Latest entries
Top NewsNovember 8, 2023Sejak 7 Okt lebih 3,257 kanak-kanak Palestin terbunuh
TokohMay 29, 2023PAS Bermimpi Ditawar Sertai Kerajaan, Kata TPM Zahid
NationalMay 28, 2023Seorang wanita sambut Mahiaddin ‘Selamat datang kluster mahkamah’
Top IssuesMay 27, 2023Dana Judi: ‘Saya tak keluar kenyataan jika tiada asas’ – PM Anwar