Sepanjang PKP, Petronas Hilang Sekitar RM17 Bilion
Sepanjang PKP, Petronas Hilang Sekitar RM17 Bilion
Kuala Lumpur, MTN – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) melaporkan kehilangan pendapatan petroleum sekitar RM17 billion dari Mac hingga Jun 2020 sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), demikian Dewan Rakyat dimaklumkan.
Perkara itu dinyatakan dalam jawapan bertulis yang dikeluarkan pada 10 Ogos bagi menjawab pertanyaan Tuan Noor Amin Ahmad (PH-Kangar) yang meminta Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyatakan jumlah sebenar kehilangan pendapatan petroleum sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.
Sepanjang tempoh tersebut sektor ekonomi secara amnya telah ditutup untuk mengawal penularan pandemik Covvid-19.
Semasa tempoh awal PKP, harga minyak mentah dunia mengikut penanda aras minyak mentah Brent jatuh daripada paras US$51.80 pada Ferbuari kepada US$20.37 pada awal Mac, berada pada tahap terendahnya pada tahun ini.
Sementara itu perdana menteri dalam jawapan bertulis juga menyatakan bahawa pada masa ini Kerajaan Persekutuan tidak bercadang untuk meminda Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA1974).
Ia sebagai menjawab pertanyaan Datuk Johari Abdul (PH-Sungai Petani) yang menanyakan sama ada peletakan jawatan bekas ketua pegawai eksekutif Petronas Wan Zulkiflee Wan Ariffin ada kaitan dengan rancangan untuk meminda Akta Pembangunan Petroleum. [Bernama]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri