Siapa Bocor Surat PM Berikan Projek ‘Direct Nego’ RM450 Juta?

Sepucuk surat daripada syarikat pembinaan PDM Builders Sdn Bhd kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung projek pembinaan bangunan Gunasama Persekutuan di Tunjong, Kelantan tersebar hari ini.

Ia susulan penularan surat Kementerian Kewangan kepada Timbalan Ketua Setiausaha Kanan di Jabatan Perdana Menteri.baru-baru ini berkaitan penganugerahan kontrak rundingan terus kepada syarikat berkenaan.

Dalam surat yang tular hari ini, tertera tulisan Dr Mahathir yang menyebut ‘Menteri Kewangan bahawa projek itu telah diberikan bagi pembinaan bangunan Gunasama Persekutuan di Tunjong, Kota Bharu Kelantan dengan kos RM450 juta’.

Timbul pula persoalan siapa yang cuba mensabotaj Tun Dr Mahathir daripada dalam kementerian kewangan?

Surat tersebut ditandatangani pegawai Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan.

 

Manakala, sepucuk lagi surat daripada syarikat berkenaan, syarikat terbabit mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir atas sokongsan dan kelulusan kepada projek itu.

“YB Menteri Kewangan, projek ini telah diberikan kepada PDM Builders Sdn Bhd. Jika mereka dapat kurangkan kos, tender baru tidak perlu,” tulis nota dalam surat berkenaan.

 

Manakala tulisan tangan Tun Dr Mahathir di atas surat tersebut pula disertakan bersama cop Perdana Menteri Malaysia yang bertarikh 4 Mac 2019.

Dalam surat berkenaan, syarikat terbabit mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir atas sokongsan dan kelulusan kepada projek itu.

 

“Pihak kami amat berharap atas sokongan dan kelulusan Tun untuk syarikat saya meneruskan projek ini memandangkan syarikat saya telah mengeluarkan modal wang ringgit tenaga dan masa begitu banyak.

 

Intipati surat itu juga menunjukkan kontrak yang berkaitan telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada April 2018 iaitu sebelum pilihan raya umum dan surat tersebut diterima oleh Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri pada 27 Februari 2019.

 

Buat masa sekarang, belum ada siapa-siapa yang menyangkal surat itu palsu, mahupun ianya ‘fake news’.

 

Maka, timbul pula soalan-soalan daripada kem Mahathir tentang, siapakah di Kementerian Kewangan yang mahu mengkantoikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad?

 

Perlu diingat Dap bukan sahaja mempunyai Lim Guan Eng di kementerian tersebut malah, Tony Pua dan juga Ong Kian Ming juga ditempatkan secara strategik di kementerian tersebut.

 
Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •   
  •  
  •  

Post Author: atukdalang

Leave a Reply