Siapa Khianati Kaum Tani?

1. Sejak ditubuhkan ketika zaman Tun Abdul Razak (1972), Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) tidak pernah mencatat kerugian, demikian menurut Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak [PPNS], Datuk Sylvester Entri Muran (https://borneonews.net/2019/01/31/nafas-perlu-kekalkan-10-bayaran-dividen-ke-atas-pelaburan-dana-peladang-kebangsaan/).

2. Setiap tahun, NAFAS mencatat peningkatan keuntungan, malah pada 2013 hingga 2017, untung bersih NAFAS direkodkan, konsisten lebih RM100 juta.

3. Skim pelaburan untuk ahli-ahli NAFAS diperkenal, iaitu Skim Pelaburan Khas Peladang-Dana Peladang Kebangsaan (SPDK-DPK). Sejak 2013, pelabur-pelaburnya menikmati agihan dividen berkadar 10% setiap tahun sehinggalah pada 2017.

4. Apabila PH ambil alih, buat pertama kali, diumum oleh Menteri Pertanian, Salahudin Ayub pada 17 Jun 2019, dividen untuk tahun 2018 jatuh pada kadar 8%.

5. Tidakkah aneh apabila dicanang-canang bahawa pengurusan NAFAS di bawah kerajaan lama dikatakan penuh skandal penyelewengan, sehingga Perlembagaan NAFAS digantung pada Jun 2018, atas alasan ‘pembersihan’.

6. Sesudah itu, pada hujung Januari 2019, ‘pembersihan’ yang dimaksudkan ialah mengisi barisan Jemaah Pengarah baharu dengan lima pemimpin parti dari Amanah dan seorang senator PKR.

7. Hasil pembersihan, rupa-rupanya, para peladang dihadiahkan agihan dividen yang lebih rendah. Diharapkan, kehilangan 2% dividen itu tidak ada kena-mengena dengan dakwaan di Dewan Rakyat tentang bayaran penginapan 38 bilik hotel untuk petugas AMANAH, yang menggunakan duit NAFAS.

8. Perkara ini sama seperti kes dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang dicanang-canang penuh skandal pada zaman kerajaan lama, sebaliknya PH hanya mampu mengagihkan dividen berjumlah 2% (2018) berbanding 12.5% (2017). Keuntungan LTAT juga merosot daripada RM667 juta (2017) kepada hanya RM221 juta (2018).

9. Apabila Salahuddin dan AJP NAFAS-AMANAH dihentam berhubung isu flip-flop tender, sentimen nasionalisme Melayu (iaitu lebih 900 ribu anggota NAFAS) dijadikan alasan, kononnya mengkhianati kaum tani Melayu. Walhal, zaman kerajaan lama, kontrak yang dinikmati NAFAS kekal terpelihara.

10. Zaman Malaysia Baharu, dividen makin susut, harga getah dan sawit jauh lebih rendah, subsidi benih padi gagal agih, kaum tani makin sengsara – jadi siapa yang mengkhianati dan menzalimi kaum tani?

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •   
  •  
  •  

Post Author: MTN

Leave a Reply