Singapura catat kematian pertama jangkitan Omicron

Singapura catat kematian pertama jangkitan Omicron
Singapura melaporkan kematian pertama akibat varian Omicron January 22.
Mangsa melibatkan seorang wanita berusia 92 tahun yang meninggal dunia setelah dijangkiti virus itu daripada ahli keluarganya.
Kementerian Kesihatan Singapura dalam satu kenyataan berkata, wanita itu tidak divaksin dan sejarah perubatannya tidak diketahui.
“Setelah disiasat, doktor telah membuat kesimpulan kematian itu disebabkan jangkitan varian Omicron,” kata kenyataan yang sama.
Singapura pada Jumaat lalu melaporkan sebanyak 3,155 jangkitan baharu Covid-19 dikesan dan terdiri daripada 2,794 jangkitan tempatan dan 361 import.
Peningkatan bilangan kes baharu itu disebabkan oleh kemasukan bilangan kes kategori protokol 2.
Kes Protokol 2 adalah individu yang sihat dan diuji positif atau telah dinilai oleh doktor untuk mempunyai simptom pandemik ringan.
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



