Kuala Lumpur – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi membanggakan Malaysia apabila tersenarai sebagai salah seorang penyanyi atau pemuzik yang paling banyak menerima trofi anugerah sepanjang zaman.
Portal The Artist Museum meletakkan Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti di tangga ke-27 daripada 100 penghibur terkemuka dari seluruh dunia.
Pengiktirafan ini sekali gus meletakkan Tok Ti berada di hadapan sejumlah nama besar industri muzik global, termasuk Justin Timberlake, Usher, Nicki Minaj, Katy Perry, Celine Dion dan Bruno Mars.
Menerusi senarai 50 terbaik yang dikeluarkan oleh portal berkenaan, Tok Ti berjaya mengumpul 329 anugerah sepanjang kariernya.
Tangga teratas masih kekal diungguli oleh raja pop, Michael Jackson dengan 1,003 anugerah.
Ini diikuti oleh Beyonce (896 anugerah), Taylor Swift (867), BTS (784), Justin Bieber (720), Whitney Houston (714), Lady Gaga (566), Ed Sheeran (561), Elvis Presley (526) dan Rihanna dengan 496 anugerah dalam carta 10 penerima trofi terbanyak dalam industri muzik.
Top 100 Most Awarded Musicians of All-Time: Part 1 pic.twitter.com/g0rvVOk0nt
— The Artist Museum (@TheArtistMuseum) April 5, 2022
Untuk rekod, Siti Nurhaliza masih mengekalkan takhtanya sebagai artis Malaysia yang paling banyak menerima anugerah sehingga kini.
Malah, kecemerlangannya dalam industri seni muzik itu pernah direkodkan dalam Malaysia Book of Records pada tahun 2001. [AA]
Author Profile

Latest entries
Politik2023.03.21Nazri: Tidak ada orang Melayu yang mahu percaya cakap Mahathir lagi
National2023.03.21PKR cabar Hadi Awang PAS – Ludahan ke langit akan hinggap di muka sendiri
Kes2023.03.12Muhyiddin Yassin akan didakwa lagi esok di Mahkamah Shah Alam
Politik2023.03.12Zahid balas Muhyiddin Yassin: ‘Saya sudah lalui apa yang anda hadapi’