Sumber: Esok, Pemimpin PH Dipanggil Menghadap Agong
Sumber: Esok, Pemimpin PH Dipanggil Menghadap Agong
Kuala Lumpur, MTN – Pimpinan utama Pakatan Harapan (PH) dikhabarkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah esok.
Sumber memberitahu, kepimpinan gabungan itu telah mendapat perkenan untuk berbuat demikian.
“Esok pemimpin PH akan masuk Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong,” katanya ringkas.
Difahamkan pertemuan itu akan dibuat pada sebelah petang. Antara yang dipanggil adalah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.
Ia bagi menjawab laporan Free Malaysia Today bahawa beberapa pemimpin PH diminta untuk bersiap sedia menghadap Yang di-Pertuan Agong. Laporan itu berkata tujuan Yang di-Pertuan Agong memanggil mereka adalah bagi mendapatkan pandangan mereka berhubung siapa yang patut menerajui kerajaan baharu.
Ia susulan perletakan jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menandakan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah runtuh. Dalam pada itu, beberapa pemimpin parti lain juga akan turut mengadakan sesi menghadap Agong esok antaranya UMNO, Pas dan Pejuang.[MG]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri