Isu melibatkan Muhammad Sajad pernah “meletup” tahun lalu dan Mujahid “diherdik” dengan pelbagai tohmahan dan dakwaan kononnya tidak mengambil tindakan.
Hari ini, meskipun menteri Dr Zulkifli Mohamad beri kuasa penuh pada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk ambil tindakan, tetapi tahukah anda kuasa Jawi pun sebenarnya terhad di kawasan Wilayah Persekutuan sahaja.
Kalau si Muhammad Sajad Kamaruzzaman ada di Selangor, maka ia memerlukan kerjasama jabatan agama Islam lain dan undang-undang syariah di Malaysia juga tidak selaras di setiap negeri.
Untuk “uruskan” si Muhammad Sajad ini sahaja memerlukan penglibatan beberapa kementerian dan kementerian agama bukanlah kementerian utama yang boleh menyelesaikannya.
Ia memerlukan kerjasama dan penglibatan sepenuhnya semua pihak dan ia tidak mudah tetapi tidak mustahil.
Sebab itu, ketika menjadi menteri, Mujahid sendiri pernah tegaskan bahawa ada isu lain yang lebih besar dari laksana hudud iaitu menyelaraskan undang-undang syariah di Malaysia.
Kerana, dengan menyelaraskan undang-undang syariah ini, ia antara lainnya dapat memperkasakan lagi agama Islam di negara ini.
Tapi, usaha ini diperlekeh kononnya tolak hudud = tolak Islam.
Ini baru dua contoh saya beri. Betapa mudahkan membunuh karakter seseorang.
Paling haru, pihak yang cerdik, pandai agama pun turut ikut sama.
Saya selalu cakap kepada sesiapa yang bertanya, sepanjang saya bekerja sebagai pegawai Mujahid, tidak pernah sedikit pun wujud perbincangan untuk menjahanamkan TH.
Yang sering saya dengar daripada mulut ketua pegawai eksekutif (CEO) TH selepas PH menjadi kerajaan, Zukri Samat dan CEO terkini Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff ialah: mereka mahu memulihkan TH dan nak pastikan aset umat Islam terjaga dan tidak disalah guna.
Saya sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan individu profesional yang bersungguh-sungguh ingin memastikan TH right on track semula terutama berkaitan pengurusan kewangannya.
Hari ini, lebihan aset TH adalah sebanyak RM1.9 bilion dan kerajaan sendiri mengakui TH tidak dikuasai orang bukan Islam.
Tersenyum sendirian saya membaca jawapan bertulis itu sambil terngiang-ngiang lirik lagu terbaru Joe Flizzow- Kuasa.
Hanya dengan bayangan saja
Kita kurang gunakan akal
Cita-cita nak ke hujung dunia
Hanya nak mencari kuasa…
Si zalim tercekik makan gelojoh
Kepala berlilit perangai tak senonoh
Dihina tertawa mereka seloroh
Diherdik hodoh
Tapi di detik dan masa anjakan paradigma
Termakbul doa dalam hikmah
Dan bila kebenaran mencuci semua fitnah
Lengkaplah mukadimah
Dan bila yang ditindas akhirnya bertakhta
Mereka kan merasa, kuasa