Lokman tiba di Bukit Aman, beri keterangan gelar IGP ‘menipu’

Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam tiba di Bukit Aman bagi mengambil keterangan ekoran aduan polis yang dibuat berhubung kenyataannya yang mengelar Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador sebagai menipu. Ini berikutan kenyataan Abdul Hamid sebelum ini yang berkata analisis oleh Cybersecurity Malaysia mendapati video berkenaan adalah tulen tetapi proses pengecaman wajah adalah negatif […]