Tak Mungkin UMNO Terima BERSATU, Dah Cerai | Malaysia News
September 20, 2024

Tak mungkin UMNO terima BERSATU, dah cerai

UMNO - BERSATU

Tak mungkin UMNO terima BERSATU, dah cerai

UMNO dan BERSATU sudah ‘bercerai’ serta tidak mungkin akan bekerjasama pada pilihan raya umum akan datang, kata Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan.

“Umno dan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) sudah ‘bercerai’ dan tidak mungkin untuk Umno terima mereka kembali untuk atas alasan apa pun.

“Kita sudah tiada kerjasama dengan Bersatu dan semua tahu perkara itu malah telah disebut dalam Perhimpunan Agung Umno tahun lalu. Tiada apa-apa pertukaran dalam hal itu.

“Kita sudah ‘bercerai’ sebab ada banyak punca termasuk penubuhan Bersatu itu juga yang menewaskan kami dalam PRU14. Pada masa itu, macam-macam mereka kata pasal kami,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata tindakan Bersatu mengambil bekas ahli parlimen dan Adun Umno apabila mereka melompat parti menyukarkan kerjasama kedua-dua parti.

Ahmad Maslan - UMNO

Kata Ahmad, daripada 31 kerusi Bersatu di parlimen, hanya enam merupakan kerusi asal, manakala 10 daripada kumpulan ahli parlimen Gombak, Azmin Ali iaitu daripada PKR dan 15 daripada Umno.

Ahmad turut mendakwa penubuhan Bersatu seolah-olah mahu menggantikan Umno kerana banyak ciri-ciri Umno yang diambil pakai oleh parti itu.

“Mereka itu mahu ambil alih Umno kerana sebahagian besar mereka adalah ahli Umno. Nama dan warna kami juga mereka ambil. ‘Bersatu’ itu adalah tagline Umno iaitu ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat,” katanya.

Tambah Ahmad, dia juga tidak nampak parti pembangkang lain bersedia untuk bekerjasama dengan Bersatu kerana matlamat yang berbeza-beza. [MK]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply