Tanah runtuh Bukit Permai – 15 rumah alami kerosakan

Tanah runtuh Bukit Permai – 15 rumah alami kerosakan
Kira-kira 15 buah rumah mengalami kerosakan dan tiga mangsa dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Teratai, Taman Bukit Permai di sini sebentar tadi.
Sebanyak dua buah rumah dikatakan tertimbus sepenuhnya, manakala baki yang lain separa terjejas.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.52 petang sebelum pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan ditugaskan ke lokasi kejadian.
“Berdasarkan laporan awal, sebanyak 15 buah rumah terkesan akibat kejadian tanah runtuh ini dan dua daripadanya telah tertimbus.
“Hasil maklumat awam, terdapat empat mangsa dilaporkan masih tertimbus dan salah seorangnya telah berjaya ditemui dengan selamat,” katanya seperti dilapor Kosmo! pada Khamis.
Norazam juga memaklumkan, usaha menyelamatkan mangsa sedang dilakukan dan sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menerusi kenyataan di laman Twitternya mengesahkan menerima maklumat tentang kejadian berkenaan.
Menurut beliau, pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ketika ini sedang membantu pasukan bomba bagi kerja-kerja menyelamatkan mangsa. [AA]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah
NationalNovember 13, 2025Tak ada lagi jalan percuma buat kenderaan ke Genting
TokohSeptember 19, 2025Titah Sultan Selangor martabat bangsa Melayu



