Tarik Sokongan Terhadap Muhyiddin Bukan Supaya PRU15 Sekarang | Malaysia News

Tarik sokongan terhadap Muhyiddin bukan supaya PRU15 sekarang

Ahmad Zahid Hamidi

Tarik sokongan terhadap Muhyiddin bukan supaya PRU15 sekarang

MTN – Keputusan UMNO menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan bertujuan supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan segera.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebaliknya menjelaskan, PRU15 hanya boleh diadakan selepas negara mencapai imunisasi kelompok dengan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat membentuk sebuah kerajaan yang stabil agar Malaysia bangkit dari kesan pandemik Covid-19.

Beliau berkata, keputusan UMNO itu berdasarkan tujuh sebab mustahak di mana selepas Muhyiddin berundur, Perdana Menteri baharu perlu dilantik untuk suatu tempoh terhad dengan fokus kepada usaha membantu kebajikan rakyat sepanjang pandemik.

“Menangani Covid-19 secara inklusif dan memastikan proses vaksinasi rakyat disegerakan. Setelah mencapai imunisasi kelompok, barulah Perdana Menteri baharu menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan PRU15.

“Jadi, mana datang cerita UMNO tarik balik sokongan supaya PRU15 diadakan semasa pandemik sedang berleluasa?” soalnya menerusi hantaran di Facebook beliau pada Isnin.

Pada 7 Julai lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dalam satu mesyuarat membuat keputusan menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin berkuatkuasa serta-merta dan meminta Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu meletak jawatan.

Ahmad Zahid berkata, ketetapan tersebut diambil berpandukan tujuh kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Muhyiddin dalam memenuhi aspirasi digariskan parti terbabit. [SH]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply