Anwar kemuka usul pastikan bahas isu Covid-19, Darurat di Dewan Rakyat

Anwar kemuka usul pastikan bahas isu Covid-19, Darurat di Dewan Rakyat
Kuala Lumpur, MTN – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan usul kepada Dewan Rakyat supaya Proklamasi Darurat serta ordinan-ordinannya tidak hanya dibentang, tetapi turut dibahas dalam sidang akan datang.
Menerusi pemberitahuan bersurat yang dikongsikan di media sosial beliau, Anwar turut mahu segala hal berkaitan pandemik COVID-19 termasuk program vaksinasi, perbelanjaan dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibahaskan.
“Hari ini saya telah menghantar suatu usul bagi memastikan sidang dewan akan datang mesti membahaskan Ordinan Darurat, situasi pandemik COVID-19, kadar vaksinasi, kadar ujian saringan serta perincian terkait perbelanjaan dan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan kerajaan.
“Usul ini dihantar bagi memastikan ruang perbahasan yang telus dan komprehensif akan berjalan dalam ruang lingkup demokrasi berparlimen serta lunas-lunas negara hukum (rule of law),” katanya menerusi perkongsian di Facebook.
Menurut pemberitahuan bersurat yang ditujukan kepada Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Maydin itu, Anwar mendakwa Proklamasi Darurat melalui Ordinan-Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 gagal mencapai maksud utamanya iaitu melandaikan keluk jangkitan COVID-19.
Selain itu, Anwar mendakwa keadaan ekonomi negara semakin parah sehingga pelbagai petunjuk menunjukkan Malaysia menuju ke arah negara gagal.
Tambah Anwar, keadaan ekonomi rakyat terus meruncing dan jurang kaya dan miskin semakin melebar sehingga wujudnya kumpulan B60.
Author Profile

Latest entries
EkonomiMay 22, 2025Harga minyak dijangka kekal tinggi sekitar AS$65 setong
EkonomiMay 21, 2025Peningkatan Industri Pendaratan Ikan Tuna di Pulau Pinang
IT & Social MediaMay 20, 2025‘Di sebalik manfaat AI, penjenayah siber juga ambil kesempatan’
NationalMay 14, 2025Aaron – 19 muzium dibuka secara percuma 18 Mei ini