Tarikh Pembukaan Sekolah Dibincangkan Esok

Tarikh Pembukaan Sekolah Dibincangkan Esok
PUTRAJAYA: Perincian tentang tarikh pembukaan sekolah akan dibincangkan dalam mesyuarat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan Kementerian Pelajaran, pada Selasa (9 Jun).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, beliau akan bermesyuarat dengan Kementerian Pelajaran pada Selasa bagi menentukan tarikh yang sesuai untuk pelaksanaannya.
Walaupun begitu, beliau menjelaskan, pembukaan sekolah pada fasa pertama hanya akan melibatkan pelajar tingkatan lima dan enam sahaja sebelum dibuka kepada semua.
“Jadi kalau tarikh ditetapkan esok, ibu bapa masih mempunyai jangka masa dua minggu untuk membuat persiapan kembali ke sekolah,” katanya pada sidang media di Putrajaya di sini, pada Isnin.
Menjelaskannya, Noor Hisham berkata, dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), bukan sahaja sektor ekonomi akan buka sebaliknya sektor-sektor lain termasuk sosial, sukan dan pendidikan juga akan dibuka.
Bagaimanapun katanya, beliau akan membincangkan dengan lebih mendalam mengenai pelaksanaan itu dalam mesyuarat tersebut, pada Selasa. [AA]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



