Tempoh PKP, Heineken Henti Operasi Kilang Bir
Tempoh PKP, Heineken Henti Operasi Kilang Bir
Kuala Lumpur, MTN – Heineken Malaysia Bhd akan terus melibatkan kerajaan selepas pembatalan kelulusan awal yang diberikan untuk beroperasi sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).
Dalam satu kenyataan malam tadi, Heineken berkata ia akan terus menangguhkan operasi kilang bir di Sungei Way, sejajar dengan pematuhan PKP.
“Lembaga pengarah ingin memaklumkan kelulusan kerajaan yang diterima oleh syarikat itu pada awal April untuk syarikat itu meneruskan operasi terhad dengan bilangan staf penting yang minimum semasa tempoh PKP telah dibatalkan dengan serta-merta.
“Memandangkan keadaan di atas, syarikat ini akan terus menggantung operasi di kilang bir di Sungei Way,” katanya.
Heineken berkata syarikat itu akan terus terlibat dalam usaha kerajaan dalam hal ini, sambil mengurangkan dampak penggantungan operasinya.
“Syarikat akan membuat pengumuman yang perlu mengenai sebarang perkembangan material lain yang berkaitan dengan perkara di atas, bila perlu,” tambahnya.
Pada Isnin, Putrajaya membatalkan kelulusan yang diberikan kepada Heineken dan Carlsberg untuk meneruskan operasi terhad dengan bilangan pekerja minimum semasa tempoh PKP.
Pada sidang akhbar harian Covid-19, Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob mengesahkan bahawa keputusan itu dibuat pada mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Ini susulan pemimpin Umno, PAS dan Bersatu mengkritik kerajaan kerana membuat keputusan seperti itu menegaskan minuman beralkohol bukan produk penting.
Heineken sebelum ini tidak dibenarkan beroperasi semasa fasa pertama PKP dari 18 hingga 31 Mac lalu.[mk]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri