Tiada kerajaan perpaduan dengan pembangkang akan dibentuk minggu ini

Tiada kerajaan perpaduan dengan pembangkang akan dibentuk minggu ini
Kuala Lumpur, MTN – Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan tiada kerajaan campuran akan dibentuk dengan parti-parti pembangkang.
Naib Presiden Umno itu berkata, kerjasama dengan pembangkang hanya melibatkan isu berkaitan Covid-19 dan pemulihan ekonomi melalui Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.
Beliau juga berkata tiada pemimpin pembangkang akan dilantik menganggotai Kabinetnya yang akan diumumkan minggu ini.
“(Lantikan) Kabinet tidak ada.
“Tiada kerajaan perpaduan yang melibatkan pembangkang,” katanya menerusi rakaman video sidang media di Sungai Petani, Kedah.
Dalam masa sama, Ismail berkata, kerajaan setakat ini menerima maklum balas menggalakkan daripada pembangkang yang mahu tahu peranan ditawarkan pada mereka.
“Insya-Allah kita akan berjumpa dengan mereka, berbincang apa yang boleh,” katanya lagi. [MD]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



