Tiga Ketua Bahagian Bersatu S'gor Tolak Cadangan Muhyiddin Ganti Dr M | Malaysia News

Tiga ketua bahagian Bersatu S’gor tolak cadangan Muhyiddin ganti Dr M

Tiga ketua bahagian Bersatu S’gor tolak cadangan Muhyiddin ganti Dr M

Tiga ketua bahagian Bersatu Selangor menafikan keputusan bahawa Bersatu negeri itu menyuarakan sokongan terhadap presiden parti Muhyiddin Yassin dalam pertikaian dengan pengerusinya, Dr Mahathir Mohamad.

Malah, menurut mereka, tiada sebarang keputusan diambil semasa mesyuarat antara ketua-ketua bahagian Bersatu yang diadakan pada 13 Mei lalu berhubung melantik Muhyiddin sebagai pemangku pengerusi mengantikan Mahathir.

Mereka juga menolak kenyataan kenyataan Pengerusi Bersatu Selangor Abdul Rashid Asari yang mendakwa perlembagaan parti menunjukkan naib presidennya, Mukhriz Mahathir perlu dipecat.

“Persetujuan bersama yang sebenarnya dipersetujui adalah; menghormati dan menyokong Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan Dr Mahathir sebagai Pengerusi Bersatu.

“Tiada apa-apa ketentuan berkaitan pemangku pengerusi yang dipersetujui oleh kami, apatah lagi tindakan memecat seperti dalam klausa 10.2 Perlembagaan Bersatu dicadang, bahas mahupun dipersetujui.

“Kami juga bertegas tidak mahu sebarang usaha untuk memecat Tun Mahathir mahupun Dato’ Seri Mukhriz (Mahathir),” kata mereka dalam satu kenyataan hari ini.

Mereka adalah Mohd Shaid Rosli, Ketua Bahagian Kuala Selangor merangkap Adun Jeram, Syed Abdillah Syed Abd Aziz (Klang) dan Mohd Sufian Mat Junus (Bangi).

Semalam, Abdul Rashid mendakwa bahawa Bersatu Selangor menyokong pelantikan Muhyiddin sebagai pemangku pengerusi.

Katanya, Bersatu Selangor menyokong Muhyiddin sebagai pemangku pengerusi, selaras dengan perlembagaan parti susulan kenyataan Mahathir bahawa beliau meletakkan jawatannya.

Abdul Rashid mendakwa, susulan tindakan Mahathir, peruntukan Artikel 16(9) perlembagaan parti itu terpakai.

“Ingin kami maklumkan, ada perbezaan ketara antara perbicaraan (statement) oleh pengerusi badan pimpinan Selangor dengan persetujuan bersama (collective decision) yang diperkatakan dalam kenyataan media tersebut.

“Dengan itu kami tidak sependapat dengan kenyataan akhbar Bersatu Selangor tersebut,” kata mereka.

Mengulas lanjut perkembangan semasa Bersatu hari ini, ketiga-tiga ketua bahagian itu menggesa agar kemelut kepimpinan diselesaikan secara musyawarah yang terpimpin.

“Kami sekata, mengharapkan dan berdoa semoga kemelut kepimpinan parti Bersatu yang kami sayangi ini diselesaikan secara musyawarah yang terpimpin.

“Segala bentuk pergolakan kepimpinan atasan tidak menjadi penghalang kepada kepimpinan akar umbi dan sehingga parti Bersatu yang ditubuhkan kembali kepada asas perjuangannya,” kata mereka. [MK]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply