Trump umum atur pertemuan bersama Putin

Trump umum atur pertemuan bersama Putin
Presiden Amerika Syarikat (AS) yang bakal dilantik Donald Trump pada Khamis mengumumkan bahawa satu mesyuarat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang diaturkan, lapor Agensi Anadolu (AA).
“Beliau (Putin) mahu bertemu dan kami sedang mengaturnya,” kata Trump kepada wartawan sebelum menghadiri mesyuarat bersama gabenor Parti Republikan di kediamannya di Mar-a-Lago, Palm Beach, Florida.
Bagaimanapun, Trump tidak memberikan butiran lanjut mengenai pertemuan yang mungkin diadakan itu.
“Presiden Putin mahu bertemu. Beliau juga menyatakannya secara terbuka dan kita perlu menamatkan perang itu. Itu adalah kekacauan berdarah,” katanya, merujuk kepada perang Rusia-Ukraine.
Mengenai Presiden China Xi Jinping, Trump berkata mereka telah berkomunikasi secara intensif.
“Kami mempunyai banyak mesyuarat yang dirancang dengan ramai pihak.. tetapi saya lebih suka menunggu sehingga 20 Jan” katanya, merujuk kepada tarikh pelantikannya sebagai Presiden AS.
[Bernama]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



