Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim, menerbangkan sendiri helikopter Keluarga Diraja Johor ketika membantu misi bantuan mangsa banjir di Chaah, Segamat, hari ini.
Menerusi perkongsian di facebook The Royal Johor, dalam penerbangan itu, Tunku Idris membawa sama bekalan makanan serta barangan kebersihan diri untuk agihan mangsa banjir di kawasan itu.
Helikopter kendaliannya yang berlepas dari Istana Bukit Serene, Johor Bahru sebelum mendarat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bali.
“Sejurus mendarat, Tunku Idris turut membantu memunggah barangan tersebut daripada helikopter berkenaan.
“Pengagihan bekalan makanan dan barangan kebersihan diri kemudian dilakukan pegawai serta sukarelawan dari Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Kesihatan Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia.
“Baginda yang aktif terbabit dalam kerja khidmat masyarakat turut merancang menghantar bekalan makanan dan bekalan air bersih menggunakan helikopter ke Kampung Peta esok, yang turut terjejas akibat banjir,” katanya. [BH]
Author Profile

Latest entries
Tokoh2023.05.29PAS Bermimpi Ditawar Sertai Kerajaan, Kata TPM Zahid
National2023.05.28Seorang wanita sambut Mahiaddin ‘Selamat datang kluster mahkamah’
Top Issues2023.05.27Dana Judi: ‘Saya tak keluar kenyataan jika tiada asas’ – PM Anwar
Top Issues2023.05.26Dana Judi: Muhyiddin Yassin pertimbang saman PM Anwar