Turki, Malaysia Dan Qatar Bincang Serangan Israel Ke Atas Palestin | Malaysia News

Turki, Malaysia dan Qatar bincang serangan Israel ke atas Palestin

Turki, Malaysia dan Qatar bincang serangan Israel ke atas Palestin

Turki, Malaysia dan Qatar bincang serangan Israel ke atas Palestin

Ankara, MTN – Presiden Turki menghubungi raja Malaysia dan Emir Qatar untuk berbincang mengenai serangan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa dan Palestin.

Presiden Recep Tayyip Erdogan membuat panggilan telefon secara berasingan dengan Yang di-Pertuan Agong (YDP), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani, menurut Direktorat Komunikasi Turki.

Semasa perbincangan dengan YDP, Erdogan menekankan tentang pentingnya ‘penyatuan bersama dalam menghadapi penindasan yang dialami warga Palestin berikutan serangan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa’.

“Presiden Erdogan melahirkan keyakinan bahawa Turki dan Malaysia akan bertindak menerusi kerjasama rapat dalam semua platform yang relevan khususnya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC),” kata kenyataan itu.

Dalam perbincangan dengan Emir Qatar, Erdogan ‘memberi penekanan tentang pentingnya usaha bersama antara Qatar dan Turki untuk menggerakkan negara-negara serantau dan komuniti antarabangsa terhadap serangan Israel ke atas Al-Quds, Masjid Al-Aqsa dan penduduk Palestin’, tambahnya yang merujuk kepada nama lain Baitulmaqdis.

Tentera Israel melakukan serangan ke atas Palestin tanpa henti sejak Jumaat lalu menyebabkan 200 penduduknya yang berada di Masjid Al-Aqsa dan kejiranan Sheikh Jarrah cedera.

Tentera Israel menyebu masuk ke dalam masjid itu sebanyak dua kali pada Isnin lalu dan melepaskan tembakan yang mengguna peluru disaluti getah, pemedih mata dan bom tangan suar ke arah penduduk Palestin menyebabkan lebih 300 orang cedera.

Ketegangan meningkat di kawasan Sheikh Jarrah sejak minggu lalu apabila penduduk Israel menceroboh kawasan itu selepas mahkamah negara tersebut mengarahkan keluar Palestin diusir.

Tentera Israel dan penduduknya beberapa kali menyerang penduduk Palestin yang tampil bagi menyatakan solidariti terhadap keluarga yang berhadapan dengan pengusiran itu, kebanyakannya telah ditahan.

Selepas kumpulan Palestin merlancarkan roket sebagai tindak balas ke atas keganasan Israel di Baitulmaqdis, Tel Aviv melancarkan serangan udara ke atas Gaza pada petang Isnin.

Menjelang tengahari semalam, sekurang-kurangnya 26 penduduk Palestin, termasuk kanak-kanak, meninggal dunia dan kira-kira 110 lagi cedera dalam serangan udara Israel di wilayah Palestin yang dikepung, menurut sumber tempatan.

Secara keseluruhan, serangan Israel telah mencederakan sekurang-kurangnya 822 orang di Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis yang diceroboh Israel sehingga pagi Selasa lalu, menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin.

Israel menceroboh timur Baitulmaqdis semasa peperangan Arab-Israel pada 1967 dan memperluaskan pencerobohan ke seluruh bandar itu pada 1980, tindakan yang tidak diiktiraf masyarakat antarabansga. [MG]

Facebook Comments

Author Profile

Wahyu Basyir
Wahyu Basyir

About The Author

Leave a Reply