Twitter Hasrat Ambil Alih TikTok

Twitter Hasrat Ambil Alih TikTok
NEW YORK, MTN – Twitter telah menyataka hasrat kepada pemilik TikTok untuk membeli operasi aplikasi itu di Amerika Syarikat.
TikTok yang berpangkalan di China adalah milik ByteDance.
Platform TikTok telah menjadi perbahasan pengambilalihan dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Minggu lalu, Presiden Donald Trump mengarahkan firma-firma di negara itu berhenti berniaga dengan TikTok dalam masa 45 hari kerana masalah keselamatan.
Syarikat teknologi gergasi Microsoft adalah peneraju utama untuk membeli TikTok tetapi sekarang Twitter telah muncul sebagai pesaing.
Tetapi masih belum jelas sama ada Twitter mampu membeli TikTok daripada pemiliknya dan dapat menyelesaikan perjanjian dalam jangka waktu 45 hari, menurut sumber yang dipetik dalam Wall Street Journal.
Nilai operasi TikTok di AS tidak jelas tetapi dianggarkan berpuluh-puluh bilion dolar.
Manakala nilai pasaran Twitter pula kira-kira A$29 bilion, berbanding Microsoft lebih daripada AS$1.6 trilion.
Tetapi para pakar percaya kemungkinan kesepakatan Twitter akan menjadikan pengambilalihan itu lebih mudah berbanding Microsoft.
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



