Ukraine musnahkan kapal Saratov Rusia

Ukraine musnahkan kapal Saratov Rusia
KIEV – Tentera laut Ukraine mendakwa berjaya memusnahkan kapal bawa peralatan tentera Rusia di bandar pelabuhan Berdyansk, pada Khamis lalu, kata beberapa pegawai negara itu.
Ia kemudian mengenal pasti kapal itu dengan nama Saratov pada Jumaat.
Dalam laporan awal, kapal itu dikenali dengan nama Orsk.
Menurut angkatan bersenjata negara itu dalam satu kenyataan, sebuah kapal pendaratan besar Saratov telah musnah semasa serangan dilakukan ke atas pelabuhan Berdiansk yang diduduki tentera Rusia.
Dalam serangan itu, kapal pendaratan besar Caesar Kunikov dan Novocherkassk turut mengalami kerosakan.
Kapal Saratov itu didakwa membawa bekalan kepada tentera Rusia.
Satu rakaman video di media sosial menunjukkan letupan dan kepulan asap di pelabuhan tersebut yang terletak di selatan negara itu. [SH]
Author Profile

Latest entries
NationalMay 31, 2026Bunyi letupan meriam di Putrajaya pada 3, 5 Jun
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen



