Untuk Menebus E-Tunai Rakyat Sebanyak RM30 Bermula Hari Ini | Malaysia News
September 17, 2024

Untuk Menebus e-Tunai Rakyat Sebanyak RM30 Bermula Hari Ini

Untuk Menebus e-Tunai Rakyat Sebanyak RM30 Bermula Hari Ini

Sempena Belanjawan 2020 sebelum ini, pihak kerajaan telah mengumumkan inisiatif untuk memantapkan lagi industri eWallet atau dompet digital sekaligus memberi galakan kepada orang ramai untuk menggunakannya.

Terdapat tiga penyedia eWallet telah dipilih dan tersedia untuk pemilihan pengguna iaitu TnG eWallet, Boost serta GrabPay.

Inisiatif yang ditawarkan kerajaan ini layak diterima oleh individu warganegaga Malaysia, berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai jumlah pendapatan bawah RM100,000 setahun.

Untuk pengetahuan, setiap pengguna cuma berpeluang menebus sebanyak sekali sahaja melalui salah satu aplikasi yang disebutkan. Inisiatif daripada kerajaan ini boleh ditebus pengguna bermula 15 Januari 2020 iaitu hari ini sehingga 14 Mac 2020.

Cara-cara untuk menebus e-Tunai Rakyat
TnG eWallet
Buat anda yang berminat untuk menggunakan TnG eWallet, anda boleh dapatkannya melaui Apple App Store dan Google Play Store. Seterusnya anda hanya perlu daftar akaun sebagai pengguna kali pertama.

Buat anda yang sudah mendaftar, anda boleh terus klik pada account verification dan tekan pada butang verify account. Pihak TnG eWallet akan meminta anda mengambil gambar salinan kad pengenalan serta swafoto anda sebagai pengesahan.

Difahamkan pengesahan yang dibuat ini bagi mengenal pasti para pengguna yang layak menerima masih belum membuat tebusan pada eWallet yang lain. TnG memaklumkan wang bakal dikreditkan dalam tiga bekerja.

GrabPay

Pertamanya pastikan anda memuat turun aplikasi Grab pada platform Android atau iOS dan daftar akaun sebagai pengguna. Kemudian anda klik pada bahagian payment dan aktifkan Grabpay.

Anda akan diarahkan untuk mengambil gambar kad pengenalan dan beberapa maklumat berkaitan. Klik pada butang claim it now pada GrabPay Wallet pada 15 Januari untuk pengesahan. Grab memaklumkan wang bakal dikreditkan ke dalam akaun GrabPay Wallet dalam lima hari bekerja.

Boost

Buat anda yang mahu menggunakan aplikasi Boost, anda boleh memulakannya dengan mendapatkan aplikasi ini di Android atau iOS.

Seterusnya anda perlu naik taraf akaun anda kepada premium wallet dan sahkannya. Kemudian klik inisiatif e-Tunai Rakyat pada paparan utama aplikasi Boost. Seterusnya wang akan dikreditkan ke dalam akaun anda dalam masa terdekat.

Mudah bukan? Buat anda yang memenuhi syarat yang disebutkan, jangan lupa untuk menebus e-Tunai Rakyat bermula hari ini. Bersempena dengan promosi yang pelbagai ditawarkan eWallet pastinya pembelian anda akan lebih berbaloi.

Touch ‘n Go baru-baru ini telah bekerjasama bersama LEGOLAND malaysia Resort dalam menawarkan promosi istimewa buat para pengunjung menggunakan aplikasi TnG eWallet.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply