Kes Video Seks: bagi yang mata rabun pun boleh kenal siapa dua pelakon tersebut
Kes Video Seks: bagi yang mata rabun pun boleh kenal siapa dua pelakon tersebut
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zakarshi berkata, memang hebat kedaulatan undang-undang di bawah Kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Beliau berkata selepas keputusan Jabatan Peguam Negara yang tidak akan mendakwa mana-mana pihak dalam kes video seks sejenis yang dikaitkan dengan seorang menteri dan individu bernama Haziq Abdul Aziz
Secara sinikal, beliau berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil masa seminggu membuat analisis forensik rakaman audio perbualan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan ia disahkan tulen.
Sementara Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula mengambil masa hampir setahun untuk membuat analisis forensik tetapi disahkan tidak pasti dalam kes video seks.
“Rasanya, bagi yang mata rabun pun boleh kenal siapa dua pelakon tersebut. Apatah lagi seorang dari yang empunya diri mengaku.
“Mustahil Haziq tidak kenal dirinya atau beraksi dalam keadaan tidur. Mustahil,” katanya sambil menegaskan pengumuman mengenai kes hubungan seks sejenis itu dibuat sehari selepas rakaman audio membabitkan Najib didedahkan.
Author Profile
Latest entries
- PolitikJanuary 27, 2020Mahathirism, Mahavirus Yang Lebih Teruk Daripada Coronavirus – Raja Petra
- PolitikJanuary 25, 2020AMK Desak Muktamadkan Segera Tarikh Peralihan Kuasa
- PolitikJanuary 22, 2020Syed Saddiq Bidas Penyokong Anwar Serang Mahathir
- Top NewsJanuary 22, 2020Otai Reformis 1998 Desak Tarikh Peralihan Kuasa 9 Mei 2020