Otai Reformis 1998 Desak Tarikh Peralihan Kuasa 9 Mei 2020
Otai Reformis 1998 Desak Tarikh Peralihan Kuasa 9 Mei 2020
Peserta Bual Bicara Bersama Otai Reformis 1998 mengesyorkan kepada kumpulan aktivis reformasi itu agar membuat countdown mendesak Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sehingga tarikh 9 Mei tahun ini.
Cadangan itu dikemukakan seorang reformis dari Hulu Selangor yang mahu dikenali sebagai Shaiful.
“Saya nak cadangkan supaya kita membuat countdown, kerana Mahathir akan undur diri dalam tempoh dua tahun. Tarikh yang perlu kita buat adalah pada 9 Mei, kita buat mulai Tahun Baru Cina nanti.
“Ia bertujuan untuk memperingatkan rakyat bahawa pada tarikh 9 Mei adalah hari ‘selamat tinggal’ kepada Mahathir. Itu harus digariskan dalam media massa sepanjang masa sehingga tarikh itu,” cadangnya kepada Otai Reformis malam ini.
Mengulas mengenai itu, Pengerusi Otai Reformis, Dr Idris Ahmad berkata, cadangan akan dikaji pihaknya dan ia boleh digerakkan menerusi media sosial pihaknya.
“Sama ada dia pelupa atau sengaja lupa. Pendapat saya, seorang umur 94 (tahun) kalau ikut perubatan kena buat ujian memori sama ada dia pas (lulus) atau tidak,” katanya.
Otai Reformis yang terdiri daripada individu menyokong perjuangan reformasi Anwar selepas beliau dipecat secara dramatik oleh Mahathir pada tahun 1998 dan kini bernada tegas mahu Anwar diangkat sebagai pengganti Mahathir seperti perjanjian dalam Pakatan Harapan.
Sebelum ini, Otai Reformasi berulang kali menggesa Mahathir mengumumkan tarikh penyerahan kuasa kepada Ahli Parlimen Port Dickson itu.
Author Profile
Latest entries
- PolitikJanuary 27, 2020Mahathirism, Mahavirus Yang Lebih Teruk Daripada Coronavirus – Raja Petra
- PolitikJanuary 25, 2020AMK Desak Muktamadkan Segera Tarikh Peralihan Kuasa
- PolitikJanuary 22, 2020Syed Saddiq Bidas Penyokong Anwar Serang Mahathir
- Top NewsJanuary 22, 2020Otai Reformis 1998 Desak Tarikh Peralihan Kuasa 9 Mei 2020