AMK Desak Muktamadkan Segera Tarikh Peralihan Kuasa
AMK Desak Muktamadkan Segera Tarikh Peralihan Kuasa
Jika Tun Dr Mahathir Mohamad boleh menetapkan tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri kepada Tun Abdullah Badawi pada 2002, perkara sama perlu dilakukan sekarang dan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) wajar menetapkan satu tarikh khusus bagi peralihan kuasa jawatan itu dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, keadaan sedemikian mengganggu urusan pentadbiran kerajaan dan mewujudkan suasana ketidaktentuan di kalangan pelabur.
“Ketika Dr Mahathir mengumumkan hasrat untuk melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2002, pimpinan Barisan Nasional (BN) ketika itu meminta agar Dr Mahathir tidak berbuat demikian serta-merta.
“Sebaliknya mencadangkan supaya ditetapkan satu tarikh khusus bagi tujuan tersebut dan tarikh peralihan jawatan diputuskan pada 31 Oktober 2003.
“Sepanjang tempoh menanti tarikh peralihan kuasa, perjalanan pentadbiran negara berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah dan isu besar,” katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu menurut Najwan, tiada sebab untuk Majlis Presiden PH tidak dapat menetapkan hal yang sama.
“Anwar berulang kali menegaskan bahawa beliau mahukan peralihan kuasa secara aman dan teratur.
“Muktamadkan segera tarikh peralihan kuasa agar semua pihak boleh terus bergerak ke depan untuk meneruskan khidmat dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat,” katanya.
Author Profile
Latest entries
- PolitikJanuary 27, 2020Mahathirism, Mahavirus Yang Lebih Teruk Daripada Coronavirus – Raja Petra
- PolitikJanuary 25, 2020AMK Desak Muktamadkan Segera Tarikh Peralihan Kuasa
- PolitikJanuary 22, 2020Syed Saddiq Bidas Penyokong Anwar Serang Mahathir
- Top NewsJanuary 22, 2020Otai Reformis 1998 Desak Tarikh Peralihan Kuasa 9 Mei 2020