YouTube Shorts mula perkenal ciri janaan video dikuasakan AI

YouTube Shorts mula perkenal ciri janaan video dikuasakan AI
YOUTUBE hari ini mengumumkan integrasi sokongan janaan video dikuasakan kecerdasan buatan, melalui YouTube Shorts.
Untuk tujuan ini, pihak YouTube mengintegrasikan model janaan video terkini yang dibangunkan oleh Google, dinamakan sebagai Veo 2.
Veo 2 menawarkan sokongan untuk menjana video melalui input berasaskan teks. Malah, melalui sejumlah demo dan percubaan, hasil yang dijana dilihat lebih baik berbanding penawaran lain, termasuk Sora yang disediakan OpenAI.
YouTube mengintegrasikan ciri ini melalui kamera YouTube Shorts, dimana pengguna boleh mengakses aplikasi berkenaan, dan seterusnya memilih Green Screen, seterusnya memilih Dream Screen. Pada bahagian berkenaan, pengguna boleh input teks dan pilih imej untuk menjana video, dan kemudian gunakannya pada video YouTube Shorts anda.
Buat masa ini, ciri ini terhad untuk beberapa buah negara sahaja, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand dan Australia. YouTube menyasarkan untuk memperluaskannya secara berperingkat ke pengguna di negara lain.
[AstroA]
Author Profile

Latest entries
Seni & HiburanJune 3, 2025Ernie Zakri tutup konsert Aura penuh magis di Singapura
TokohJune 2, 2025Agong – Darjah kebesaran bukan untuk dijual beli
InternationalJune 1, 2025HAJI 2025 – Pasukan Keselamatan Haji Arab Saudi pada tahap siap siaga tertinggi
Top NewsMay 28, 2025HAJI 2025 – Fokus Ibadah menjelang Hari Wukuf