Tim Cook Acah Pengenalan Produk Apple Pada 19 Februari - IPhone SE | Malaysia News

Tim Cook acah pengenalan produk Apple pada 19 Februari – iPhone SE

Tim Cook acah pengenalan produk Apple pada 19 Februari – iPhone SE

Tim Cook acah pengenalan produk Apple pada 19 Februari – iPhone SE

Tim Cook acah pengenalan produk Apple pada 19 Februari – adakah iPhone SE baharu?

APPLE dikatakan sedang dalam persiapan memperkenalkan iPhone SE generasi baharu seawal bulan ini.

Selari dengan itu, Tim Cook melalui media sosial X mengacah pengenalan produk baharu Apple yang dijadualkan pada 19 Februari 2025, iaitu pada minggu hadapan.

Tim Cook mengatakan “bersedia untuk menemui ahli baru dalam keluarga”, sekali gus memberikan petanda pengenalan iPhone SE baharu dalam keluarga iPhone.

 

Mengikut spekulasi sebelum ini, iPhone SE dijangka menggantikan penggunaan Touch ID kepada Face ID, selain turut hadir dengan sokongan USB-C, dan juga pelbagai kemas kini spesifikasi bagi membolehkan ia menjalankan Apple Intelligence.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk melihat kejutan dan harga jualan iPhone SE baharu ini.

[AstroA]

Facebook Comments

Author Profile

Wahyu Basyir
Wahyu Basyir

About The Author

Leave a Reply