Zuraida Perlu Jawab Kepada Lembaga Disiplin – Anwar
Zuraida Perlu Jawab Kepada Lembaga Disiplin – Anwar
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin perlu menjawab kepada Lembaga Disiplin parti berhubung pelbagai laporan salah laku terhadap dirinya.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, isu dihadapi Zuraida dan beberapa pemimpin PKR lain tidak dibincang dalam mesyuarat Biro Politik PKR sebelum ini.
“Itu dia jawab kepada Lembaga Disiplin. Kita tak bincang dalam biro politik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Forum Ketamadunan Islam : Perspektif Melayu-Nusantara di Muzium Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Sabtu, 11/01/2020.
Zuraida semalam mendakwa belum dimaklumkan mengenai siasatan pihak Lembaga Disiplin parti berhubung pelbagai laporan salah laku terhadap dirinya, biarpun hadir mesyuarat Biro Politik PKR sebelum ini.
Dalam pada itu, ditanya mengenai komen Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung isu peralihan kuasa, Anwar mengulangi komitmennya meminta semua pihak memastikan supaya ia berjalan dengan baik dan teratur.
Sambil menegaskan menghormati pandangan Rafizi, pada masa sama meminta semua pihak menyokong kepemimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menerajui kerajaan ketika ini.
“Isu transisi mesti berjalan dengan baik. Penting Dr Mahathir untuk mendapat sokongan (ketika ini) dan selepas transisi juga sama. Proses transisi mesti berjalan dengan lancar,” katanya.
Author Profile
Latest entries
- TokohJanuary 12, 2025‘Giliran mencuri’ – Anak Pak Lah nafi tuduhan Dr M
- TokohJanuary 11, 2025Mahathir – Anak Pak Lah beritahu anak saya, kini giliran kami mencuri
- InternationalJanuary 10, 2025Kebakaran Los Angeles, Jumlah korban meningkat kepada 10
- InternationalJanuary 10, 2025Trump umum atur pertemuan bersama Putin