1MDB – Mahkamah tolak permohonan Najib, Sri Ram kekal sebagai pendakwa

1MDB – Mahkamah tolak permohonan Najib, Sri Ram kekal sebagai pendakwa
Bekas hakim mahkamah persekutuan Gopal Sri Ram kekal sebagai ketua pendakwaan dalam kes jenayah 1MDB Najib Razak.
Mahkamah tertinggi negara pagi ini menolak permohonan bekas perdana menteri itu untuk mendapatkan kebenaran untuk memulakan rayuan supaya Sri Ram diluvutkan daripada mendakwa kesnya.
Dalam keputusan sebulat suara, tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Mohd Zawawi Salleh memutuskan bahawa tidak ada persoalan baru undang-undang yang memerlukan mahkamah tertinggi mendengar merit rayuan tersebut.
Hakim itu mengambil maklum bahawa isu pelantikan peguam swasta yang dilantik sebagai timbalan pendakwa raya ad hoc atau sementara berkenaan telah pun diselesaikan dalam dua rayuan pada 2014.
Zawawi merujuk kepada permohonan Anwar Ibrahim ketika itu untuk mencabar pelantikan peguam Muhammad Shafee Abdullah sebagai pendakwa ad hoc dalam rayuan Liwat II ketua pembangkang itu.
Shafee juga bertindak sebagai peguam Najib dalam dalam permohonan di mahkamah tertinggi negara, hari ini. [MK]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



