Trend kekurangan bekalan makanan sejak 10 tahun lalu

Trend kekurangan bekalan makanan sejak 10 tahun lalu
Trend kekurangan bekalan makanan atau bahan mentah dalam negara berlaku sejak 10 tahun lalu.
Pengarah Sekretariat Usahawan Perak (STeP), Mohamad Rozlan Mohamad Razalli berkata, malah, kekurangan bekalan makanan merupakan satu krisis yang berulang sebelum pandemik Covid-19 melanda negara.
“Kita mengakui bahawa negara sedang mengalami krisis bekalan makanan, belum krisis makanan.
“Di STeP sendiri juga banyak menerima maklum balas dan rungutan daripada usahawan kerana mereka ini yang menghasilkan makanan asas termasuk ayam, gula dan beras.
“Tetapi kalau kita lihat, krisis ini bukan berlaku sebulan, dua ini tetapi sebelum pandemik lagi dan banyak aspek yang menyumbang kepada krisis ini,” katanya dalam Wacana Sinar Harian Edisi 348 bertajuk Krisis makanan: Selamatkah Malaysia? pada Isnin.
Program tersebut juga menampilkan Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Perak, Ir Ts Kamarullaffie Ahmad, manakala, Dinnie Asyraf Salim sebagai moderator.
Mengulas lanjut, Mohamad Rozlan berkata, kekurangan pekerja, petani dan penanam khususnya golongan muda antara yang menyumbang kepada krisis bekalan makanan yang berlaku ketika ini.
Menurutnya, kebanyakan daripada petani aktif ketika ini adalah mereka yang terdiri daripada golongan veteran dan sudah berumur. [SH]
Author Profile

Latest entries
Seni & HiburanJune 3, 2025Ernie Zakri tutup konsert Aura penuh magis di Singapura
TokohJune 2, 2025Agong – Darjah kebesaran bukan untuk dijual beli
InternationalJune 1, 2025HAJI 2025 – Pasukan Keselamatan Haji Arab Saudi pada tahap siap siaga tertinggi
Top NewsMay 28, 2025HAJI 2025 – Fokus Ibadah menjelang Hari Wukuf