Randstad: 71 Responden Menjangkakan Ekonomi Domestik Bertambah Baik
Randstad: 71 Responden Menjangkakan Ekonomi Domestik Bertambah Baik
Kuala Lumpur, MTN – Firma sumber manusia, Randstad berkata kira-kira 71 peratus responden yang berpangkalan di Malaysia menjangkakan situasi ekonomi domestik bertambah baik tahun ini.
Ia berdasarkan tinjauan Workmonitor suku keempat 2019 oleh Randstad yang turut mendapati 82 peratus responden mengharapkan majikan mereka mencatatkan prestasi kewangan lebih baik pada 2020 berbanding 2019.
Pengarah Urusan Randstad Singapura dan Malaysia, Jaya Dass berkata banyak perniagaan tempatan juga berharap melihat lencongan daripada perang perdagangan global selain peningkatan keyakinan pengguna untuk mengharungi 2020.
“Di samping itu, banyak inisiatif kerajaan untuk memperbaiki infrastruktur dan memajukan bandar raya sekitar Kuala Lumpur dijangka dijalankan tahun ini.
“Faktor-faktor ini meningkatkan keyakinan warga kerja domestik, yang menjangkakan lebih banyak pekerjaan baharu, mencabar dan yang memberi ganjaran di pasaran.
“Bagaimanapun, perniagaan tempatan masih berhati-hati mengenai impak ekonomi daripada kelembapan pertumbuhan perdagangan global dan penularan COVID-19,” menurut Randstad dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata berdasarkan ekonomi yang dijangkakan lebih baik, pekerja mengharapkan kenaikan gaji dan bonus di Malaysia, dengan lebih lapan daripada 10 responden mahu kenaikan gaji (81 peratus) atau bonus satu kali (84 peratus) pada akhir tahun fiskal majikan masing-masing.
“Sejajar dengan hasil dapatan kaji selidik kami yang lain, pekerja Malaysia kerap meletakkan gaji dan ganjaran kewangan sebagai faktor penting yang akan menentukan kesetiaan mereka kepada majikan.
“Memandangkan kualiti kehidupan di Malaysia lebih baik, warga kerja tempatan mahu memperoleh pendapatan lebih tinggi bukan hanya untuk membayar keperluan mereka malah menikmati kehidupan yang lebih selesa,” katanya.[bernama]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri