Johari Tun Openg: Covid-19 Belum Beri Kesan ke Atas Ekonomi Serawak

Johari Tun Openg: Covid-19 Belum Beri Kesan ke Atas Ekonomi Serawak
Serawak, MTN – Ketua Menteri Abang Johari Tun Openg berkata bahwa penularan Covid-19 masih belum memberi kesan ke atas ekonomi Sarawak.
Beliau berkata tidak seperti di Semenanjung Malaysia yang sektor perkhidmatannya termasuk pelancongan telah pun terjejas berikutan sumbangan besarnya kepada ekonomi, situasi di Sarawak berbeza kerana sumbangan sektor itu terhadap keluaran dalam negara kasar (KDNK) negeri tidak begitu besar.
“Sarawak tidak terlalu bergantung kepada sektor perkhidmatan untuk menjana ekonominya walaupun dalam pelancongan, kerana ketibaan pelancong China ke sini tidak begitu ramai. Kami menerima lebih ramai pelancong domestik seperti (dari) Brunei dan Kalimantan, Indonesia,” katanya.
Abang Johari berkata kerajaan negeri telah menyuntik sejumlah besar dana bagi pembangunan prasarana yang akan membantu mengekalkan pertumbuhan ekonomi antara lima hingga enam peratus tahun ini.
“Masalah ini (penularan Covid-19 ) hanya memberi sedikit kesan kepada kita kerana ekonomi Sarawak distruktur agar tidak terlalu bergantung kepada sektor perkhidmatan,” katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Abang Johari berkata semua sektor dalam ekonomi Sarawak perlu didigitalkan, dengan semua data disatukan dan digunakan sepenuhnya untuk pertumbuhan produk tempatan.
Pelancaran Aplikasi Perjalanan dan Portal Sesawang Sarawak itu adalah bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2020 dan kempen Melawat Sarawak.[bernama]
Author Profile
Latest entries
CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan