Pada Tahun Ini, Aeon Memperoleh Keuntungan Sebanyak RM109.30 Juta | Malaysia News

Pada Tahun Ini, Aeon Memperoleh Keuntungan Sebanyak RM109.30 Juta

Pada Tahun Ini, Aeon Memperoleh Keuntungan Sebanyak RM109.30 Juta

Kuala Lumpur, MTN – Keuntungan bersih Aeon Co. (M) Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2019 melonjak kepada RM109.30 juta daripada RM105.12 juta pada tahun sebelumnya.

Hasil meningkat 4.3 peratus kepada RM4.54 bilion daripada RM4.35 bilion sebelumnya disebabkan kebanyakannya menerusi sumbangan daripada kedai-kedai baharu yang telah diubahsuai dan kedai khusus yang baru dibuka pada kewangan 2019.

“Pertumbuhan yang lebih tinggi bagaimanapun dikurangkan oleh penutupan sementara kedai-kedai untuk pengubahsuaian bagi tahun kewangan 2019 dan pengurangan kedai pada akhir tahun sebelumnya,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mengenai unjuran tahun semasa, syarikat itu mengatakan bahawa penularan COVID-19 telah menjejaskan ekonomi secara amnya, termasuk sektor runcit dan masih bergantung kepada berapa lama COVID-19 itu berlarutan.

“Tanpa mengambil kira pakej rangsangan ekonomi yang akan diumumkan oleh kerajaan, syarikat menjangkakan pertumbuhan sederhana disebabkan oleh persekitaran yang mencabar.

“Syarikat sedang mengambil langkah-langkah aktif untuk memastikan perniagaannya terus berdaya tahan dalam tempoh ini melalui strategi pemasaran yang inovatif, menyusun semula penawaran barangannya selaras dengan sentimen pengguna sekarang dan menangani krisis bersama rakan perniagaannya,” katanya.[bernama]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply