Laksanakan Program Kesedaran Buruk Paksa, KIU Giatkan GLP
Laksanakan Program Kesedaran Buruk Paksa, KIU Giatkan GLP
Kuala Lumpur, MTN – Kementerian Industri Utama menyeru pihak persatuan dan industri sawit menggiatkan usaha dalam mengamalkan Amalan Buruh Baik (GLP) dan melaksanakan program-program kesedaran mengenai buruh paksa dan buruh kanak-kanak di semua peringkat.
Menurut kementerian itu dalam kenyataan, pihak industri turut digalakkan untuk meningkatkan daya tarikan terhadap prospek kerjaya dalam sektor perladangan bagi menarik minat generasi muda negara bekerja dalam sektor itu sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing selain beralih kepada mekanisasi.
“Pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh kementerian dalam usaha untuk mengeluarkan sektor sawit Malaysia daripada dianggap mengamalkan buruh paksa dan buruh kanak-kanak di bawah senarai Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan (TVRPA) yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh Amerika Syarikat (AS),” katanya mengulas sesi dialog kementerian bersama Persatuan Penanam Malaysia Timur (EMPA) di Tawau, Sabah, baru-baru ini.
Kementerian turut memandang serius Laporan Tahunan mengenai Pemerdagangan Orang (U.S. TIP Report) Tahun 2019 di Washington, AS pada 20 Jun 2019, yang mengekalkan Malaysia pada Tahap 2 Pemerhatian.
“Kajian situasi buruh dalam sektor perladangan sawit di Malaysia dijangka dapat membantu Malaysia menangani keraguan AS mengenai industri sawit Malaysia secara keseluruhannya,” katanya.
AS merupakan antara pengimport terbesar produk sawit Malaysia. Pada 2019, eksport produk sawit Malaysia ke AS bernilai RM3.1 bilion (1.1 juta tan).
“Industri sawit (sektor huluan dan hiliran) menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih dua juta rakyat.
“Justeru, hasil kajian (situasi buruh dalam sektor perladangan sawit) diharap dapat membantu Malaysia menangani keraguan AS mengenai industri sawit Malaysia secara keseluruhannya,” katanya.[bernama]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri