Rancangan Tun Mahathir untuk membentuk kerajaan perpaduan adalah sangat tidak masuk akal dan luar biasa sifatnya bagi negara-negara yang sedia mengamalkan sistem demokratik.
Walaupun idea ini sebenarnya baik untuk menyatukan kumpulan parti-parti supaya mereka bersatu dan bersama-sama membangunkan negara. Tetapi idea sedemikian akan menjadi pelik kerana:
Pertama, siapa yang nak menjadi pembangkang, jika semua ahli parti diundang masuk kerajaan? Mustahil bagi sistem demokratik yang tidak ada pembangkang itu berupaya menyemak dan mengimbang pemerintah.
Kedua, parti politik adalah tiang kepada sistem demokratik. Tidak mungkin ahli kerajaan akan menolak peranan parti politik mereka. Walaupun dia nantinya akan menjadi individu yang bebas di dalam kerajaan, tetapi menyisihkan kewujudan parti politik sebagai tempat dari mana dia datang hanyalah sebenarnya akan membunuh demokrasi.
Terakhir, lebih akan teruk lagi, ia akan menjadikan kerajaan tambah gadoh, kerana individu yang masuk kerajaan nanti tidak dapat dinafikan pastinya akan membawa agenda politik parti mereka.
By: Pujangga Moslem
Author Profile
Latest entries
Politik2020.03.18Perutusan Khas Muhyiddin: Rakyat Malaysia Tiada Dibagi Solusi!
Opinion2020.03.17Jangan Cakap Banyak Sangat Tun M, Nanti Terjangkit Covid-19 Baru Tau!
Top News2020.03.17Anwar Ibrahim Sampaikan Duka Wafatnya Dua Korban Terjangkit Covid-19
Kabar Lain2020.02.26Jangan Fikir Pelik Sangat Tun, Kerajaan Perpaduan itu Luar Biasa di Negara Demokratik?