Situasi Politik Membuat Pasaran Saham Dibuka Rendah Susut Lebih 20 Mata | Malaysia News

Situasi Politik Membuat Pasaran Saham Dibuka Rendah Susut Lebih 20 Mata

Situasi Politik Membuat Pasaran Saham Dibuka Rendah Susut Lebih 20 Mata

Kuala Lumpur, MTN – Pasaran saham tempatan dibuka rendah pagi ini dengan penanda aras, indeks FBM KLCI susut 22.77 mata atau 1.53 peratus kepada 1,459.87 mata pada jam 9.30 pagi ini.

Pulih sedikit selepas dibuka rendah dengan penyusutan lebih 40 mata atau 2.0 peratus.

Peniaga berkata, penurunan pasaran adalah berikutan kegusaran pelabur berhubung situasi politik tempatan yang masih tidak menentu selain daripada penularan COVID-19 yang belum kelihatan penghujungnya.

Kata mereka, meskipun Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan semalam, namun masih belum jelas hala tuju dan dasarnya kerajaan baharu khususnya berhubung ekonomi, perniagaan dan pasaran.

“Pelabur lebih selesa mengambil pendirian untuk tunggu dan lihat sehingga ada petunjuk jelas mengenai barisan menteri kabinet baharu dan dasar terhadap ekonomi negara yang ketika ini terjejas akibat penularan COVID-19 dan pertumbuhan perlahan ekonomi global,” kata seorang peniaga.

Dalam pada itu, pasaran saham tempatan menjejaki pergerakan pasaran saham utama serantau lain yang turut dibuka rendah seperti indeks STI Singapura yang susut 3.234 peratus kepada 3,011.08; SET Thailand susut 3.911 peratus kepada 1,340.52; NIKKEI 225 Jepun susut 0.470 peratus kepada 2,1043.51 dan KOSPI Korea susut 0.045 peratus kepada 1,986.11.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply