Agong gusar, seru rakyat patuhi SOP

Agong gusar, seru rakyat patuhi SOP
Kuala Lumpur, MTN – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kegusaran terhadap kenaikan berterusan kes jangkitan Covid-19 di negara ini yang telah mencecah lebih 3,000 kes positif harian.
Sehubungan dengan itu, baginda menasihati rakyat supaya tidak alpa dan mengambil sikap sambil lewa dengan arahan serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di bazar Ramadan, sekolah dan majlis-majlis keraian umum.
Baginda turut menyeru rakyat supaya sentiasa berdisiplin dalam mematuhi arahan dan SOP ditetapkan kerajaan bagi mengelakkan neara ini dibadai tsunami Covid-19 seperti yang dialami beberapa negara di Asia Selatan dan Eropah.
Rakyat juga diingatkan supaya tidak hilang fokus dan sentiasa berwaspada demi kesihatan dan keselamatan diri, ahli-ahli keluarga serta masyarakat.
Ini kerana titah baginda, kesan gelombang keempat penularan wabak Covid-19 jika berlaku akan juga mengancam dan meruncingkan lagi ekonomi negara serta sosio-ekonomi rakyat jelata.
“Seri Paduka Baginda menzahirkan kegusaran berikutan laporan-laporan berita terkini berkenaan penutupan beberapa sekolah di negara imi akibat penularan wabak Covid-10 dan kadar pematuhan SOP di beberapa majlis keraian dan bazar Ramadan di beberapa negeri masih belum mencapai tahap memuaskan.
“Turut membimbangkan apabila adanya laporan yang menyatakan hospital swasta di Lembah Klang kini mengalami kekurangan katil bagi menampung jumlah pesakit susulan peningkatan kes Covid-19 sejak dua minggu lalu,” titah baginda dalam kenyataan di laman Facebook hari ini.
Baginda bertitah, laporan Kementerian Kesihatan turut meramalkan kes harian Covid-19 di negara ini boleh meningkat melebihi 3,000 selepas Hari Raya Aidilfitro sekiranya kurang pematuhan SOP yang secara langsung turut boleh meningkatkan nilai kebolehjangkitan.
[MG]
Author Profile

Latest entries
KesMarch 6, 20251MDB – Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara
SukanMarch 5, 2025Reijnders Pemain TimNas Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
IT & Social MediaMarch 4, 2025Aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025
TokohFebruary 26, 2025Mahathir dan Jokowi bertemu di Solo, bincang hal Malaysia-Indonesia