Ahli Parlimen GPS, PN, BN Menghadap Agong | Malaysia News

Ahli Parlimen GPS, PN, BN menghadap Agong

Ahli Parlimen GPS, PN, BN menghadap Agong

Ahli Parlimen GPS, PN, BN menghadap Agong

MTN – Ahli-ahli Parlimen daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dijangka ke Istana Negara pada jam 10 pagi pada Khamis.

Difahamkan kehadiran ahli-ahli Parlimen pro-PN itu untuk mengesahkan surat akuan bersumpah (SD) sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri.

Sesi menghadap ahli-ahli Parlimen itu dijadualkan berlangsung dalam lima sesi berasingan mengikut parti masing-masing.

11.49 am – Sebuah bas yang membawa ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Bebas keluar daripada Istana Negara.

11.30 am – Selepas hampir sejam memasuki Istana Negara melalui pintu 2, kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat keluar melalui pintu sama sebentar tadi.

Beliau yang menaiki kenderaan jenis Proton Perdana berwarna hitam sempat melambaikan tangan sambil tersenyum kepada petugas media yang menanti di pintu 2, Istana Negara itu.

11.20 am – Ahli-ahli Parlimen daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dipercayai melakukan sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara maya.

10.45 am – Selang 10 minit selepas bas yang membawa masuk beberapa ahli Parlimen UMNO dilihat memasuki Istana Negara melalui pintu 2, sebuah lagi bas diilihat memasuki kawasan berkenaan.

Bas yang disewa khas itu dilihat membawa ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Ahli Parlimen Julau (Bebas), Julau, Larry Sng Wei Shien.

10.40a m – Pemimpin DAP sahkan tidak dipanggil ke Istana Negara

Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming memaklumkan beliau dan pemimpin separtinya tidak dipanggil untuk ke Istana Negara pada Khamis. Perkara itu dinyatakan menerusi ciapan di Twitternya.

10.35am – Sebuah bas yang membawa masuk beberapa ahli Parlimen UMNO dilihat memasuki Istana Negara melalui pintu 2.

9.35am – Kenderaan yang membawa Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dilihat memasuki Istana Negara melalui pintu 2. [SH]

Facebook Comments

Author Profile

Wahyu Basyir
Wahyu Basyir

About The Author

Leave a Reply